" Siapa Saya Di Dunia Ini?
Ah..Ini suatu teka teki yang amat hebat!!!!!! @Lewis Caroll@
Yakin dan percaya pada diri ditambah dengan usaha yang berterusan akan membawa kita ke gerbang kecemerlangan.. Dimana anda bersekolah tidak penting kerana bukan sekolah penentu kepada kejayaan kita. Semuanya bermula dari diri kita sendiri. Sesungguhnya bukan sekolah luar biasa yang perlu dicari tetapi sekiranya anda mahukan kecemerlangan anda perlu menukar tindakan anda kepada tindakan luar biasa dengan menggunakan formula dan pemikiran yang luar biasa...
Bangkitlah anak-anak SMK Silabukan... Apa yang anda ada pada hari ini masih belum pasti lagi. Jangan belajar untuk leka dan menumpang kesenangan orang lain. Berjuanglah untuk masa depan anda sendiri.. percayalah sesungguhnya manusia ada sesuatu sistem yang kompleks dan sekiranya anda teroka dengan baik sesungguhnya sistem tersebut mempunyai potensinya yang amat menakjubkan..
No comments:
Post a Comment