SELAMAT DATANG..

"BANTU DIRI UNTUK MEMBANTU ORANG LAIN"
@Sahsiah Didahulukan, Pencapaian Diutamakan@
prssmksilabukan@yahoo.com.my (0195880990)







Wednesday, September 8, 2010

ERTI SEBUAH PERSAHABATAN..

Carilah Kawan Yang Mendorong Anda Untuk Berjaya..

Dia Mampu Buktikan Pada Semua...

Jangan Diturut Hati Yang Iri Tetapi Buka Minda Kita Untuk Berfikir dan Ambil Sesuatu Yang positif Daripada Setiap Apa Yang Kita Lihat...
Tahniah Daripada Kelab Pembimbing Rakan Sebaya kepada Riduan Bin Suardi (Pengerusi PRS 2009) kerana telah berjaya membuktikan bahawa anak luar bandar juga mampu mencipta kecemerlangan. Saudara Riduan telah berjaya memperoleh 9A1B dalam SPM 2009.

SIAPA KATA ANAK KAMPUNG TIDAK BOLEH BERJAYA.... (Catatan Guru Penasihat)

" Siapa Saya Di Dunia Ini?
Ah..Ini suatu teka teki yang amat hebat!!!!!! @Lewis Caroll@

Yakin dan percaya pada diri ditambah dengan usaha yang berterusan akan membawa kita ke gerbang kecemerlangan.. Dimana anda bersekolah tidak penting kerana bukan sekolah penentu kepada kejayaan kita. Semuanya bermula dari diri kita sendiri. Sesungguhnya bukan sekolah luar biasa yang perlu dicari tetapi sekiranya anda mahukan kecemerlangan anda perlu menukar tindakan anda kepada tindakan luar biasa dengan menggunakan formula dan pemikiran yang luar biasa...
Bangkitlah anak-anak SMK Silabukan... Apa yang anda ada pada hari ini masih belum pasti lagi. Jangan belajar untuk leka dan menumpang kesenangan orang lain. Berjuanglah untuk masa depan anda sendiri.. percayalah sesungguhnya manusia ada sesuatu sistem yang kompleks dan sekiranya anda teroka dengan baik sesungguhnya sistem tersebut mempunyai potensinya yang amat menakjubkan..